ALOR GAJAH - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti mematuhi syarat tahanan rumah, khususnya larangan menggunakan internet dan platform media sosial sepanjang menjalani baki hukuman penjara.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang pelanggaran terhadap syarat berkenaan boleh menyebabkan Najib kembali menjalani hukumannya di Penjara Kajang."Ya, (Najib) boleh duduk bersama dengan isteri-isterinya, anak-anaknya, menantu-menantunya, cucu-cucunya, tetapi tidak boleh pakai internet."Kalau langgar, terus dihantar balik ke penjara Kajang," katanya ketika berucap pada Pesta Melaka Rumah Kita bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Taman Perdana Melaka, di sini malam Khamis.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata bekas Perdana Menteri itu tertakluk pada empat kategori syarat utama yang ditetapkan Lembaga Pengampunan menerusi pengampunan bersyarat pada 18 September lepas.Syarat berkenaan merangkumi sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon serta alat telekomunikasi, selain kewajipan menghadiri program pemulihan dan intervensi.Antara lain, Najib juga tidak dibenarkan membuat kenyataan atau ulasan kepada media, menggunakan platform media sosial, menghadiri majlis keramaian atau terlibat dalam aktiviti politik.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas membenarkan Najib, 73, menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, di ibu negara berkuat kuasa serta-merta hingga 23 Ogos 2028. - Bernama
Tahanan rumah: Najib tidak boleh guna internet, media sosial - Fahmi

Key takeaways
Najib Razak tidak dibenarkan menggunakan internet dan media sosial semasa menjalani tahanan rumah.
- Najib mesti patuhi syarat tahanan rumah termasuk larangan guna internet dan media sosial.
- Pelanggaran syarat boleh menyebabkan Najib kembali ke penjara Kajang.
- Najib tidak dibenarkan membuat kenyataan media atau terlibat dalam aktiviti politik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tahanan rumah: Najib tidak boleh guna internet, media sosial - Fahmi (this story)
- Free Malaysia Today Cabar tahanan rumah Najib boleh cetus polemik, Wan Rosdy beritahu Badan Peguam








