Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pengampunan bersyarat terhadap tahanan rumah Najib Razak sudah melalui proses pertimbangan berautoriti dan mendapat perkenan Agong. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menyeru Badan Peguam tidak meneruskan tindakan mencabar keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah Najib Razak.

Beliau yang juga menteri besar Pahang berkata perkara itu boleh mencetuskan polemik serta menjejaskan penghormatan institusi diraja.

Katanya, pengampunan bersyarat bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah dibuat melalui saluran Perlembagaan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, selepas melalui proses pertimbangan pihak berautoriti.