Menurut Mahkamah Tinggi Kota Bharu, tiada keterangan dokumentari dikemukakan bagi membuktikan ibu bapa kandung anak tersebut telah berkahwin secara sah ketika dia dilahirkan. (Gambar fail)PETALING JAYA: Permohonan seorang bapa untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi anak lelakinya yang tidak bernegara ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, walaupun terdapat keterangan ujian DNA yang mengesahkan hubungan biologi mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Tengku Amir Zaki Abdul Rahman memutuskan, anak yang lahir di Thailand hasil hubungan bapa rakyat Malaysia dengan ibu warga Thailand tidak layak memperoleh kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang kerana ibu bapanya gagal membuktikan perkahwinan mereka sah di sisi undang-undang ketika dia dilahirkan.