Los Angeles: Lembaga pengarah syarikat gergasi cip, Nvidia, dilaporkan mengadakan mesyuarat pada Rabu bagi membincangkan masa depan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jensen Huang, susulan hubungannya dengan seorang wanita yang didakwa sebagai perisik China, menurut media Amerika Syarikat (AS).

Tokoh teknologi berusia 63 tahun itu yang menerajui syarikat peneraju kecerdasan buatan (AI) berkenaan sejak penubuhannya pada 1993, kini berdepan laporan mengenai beberapa hubungan sulit, termasuk dengan Alice Huang, seorang eksekutif pusat data yang didakwa agensi perisikan AS bekerja untuk Kementerian Keselamatan Negara China.

Dengan kedudukan Huang kini terjejas susulan laporan berkenaan, selain tiada pelan penggantian kepimpinan yang diketahui umum di Nvidia, beberapa nama mula disebut-sebut sebagai calon berpotensi untuk menerajui syarikat penting dalam industri AI itu sekiranya lembaga pengarah memutuskan untuk menyingkirkannya.