BN dan PN melancarkan manifesto bersama untuk ditawarkan kepada rakyat pada PRN Melaka.MELAKA: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengangkat manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai manifesto yang bersifat inklusif, dengan inisiatif yang merangkumi dan meliputi semua kaum dan kelompok.

Sempena PRN Melaka, BN minggu lalu melancarkan manifesto 'Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara' yang dirangka bersama Perikatan Nasional, menggariskan enam teras dan 113 inisiatif.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh menyifatkan manifesto itu 'manifestasi kesepakatan' BN-PN demi kepentingan rakyat Melaka, lapor Umno Online.

"Sudah tentu bila dikatakan rakyat Melaka, ia meliputi semua orang Melayu, orang Cina, orang India, kaum minoriti India Muslim, Siam, Orang Asli dan sebagainya," kata Asyraf.