S Murugesan sebelum ini keluar kenyataan pada September 2024 tuduh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer seleweng dana PHEB. (Gambar fail)GEORGE TOWN: Seorang pengguna media sosial dipenjara sebulan kerana menghina mahkamah selepas gagal membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
S Murugesan, 50, didapati bersalah menghina mahkamah pada Khamis kerana gagal, enggan dan mengingkari penghakiman yang diputuskan terhadapnya pada 22 Mei lalu berhubung kes saman fitnah yang difailkan oleh Rayer. Dia turut diperintahkan membayar kos RM3,000.
Peguam Rayer, K Kumarathiraviam berkata, permohonan bagi waran tangkap telah difailkan dan dijangka dikeluarkan esok.






