Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang lelaki kerana mencemarkan Al-Quran bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan sebagai peringatan kepada orang awam. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular selepas memijak Al-Quran dan memuat naik gambar perbuatan itu di media sosial dipenjara 12 bulan, dan didenda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan kerana mencemarkan Al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial, Februari lepas.

Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu semalam selepas S Vikneswaran, 21, yang juga bekas pelajar sebuah universiti mengaku bersalah atas dua pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh jatuh hukum (12 Nov) dan mengarahkan lelaki itu dipenjara 12 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.