Alor Gajah: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak terlalu selesa dan memandang enteng menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyokong kedua-dua gabungan perlu keluar beramai-ramai untuk menyokong calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

"Apa yang kita tidak mahu ialah daripada seluruh Melaka ini, daripada A sampai ke Z, semuanya menyatakan, 'Oh, kita 'confirm' (pasti) menang Sabtu ini.' Jangan, tuan-tuan sekalian.

"Betul, kalau kita campur dua-dua, BN dengan PN ni, kita boleh menang selesa.