TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa tenteranya menyasarkan sistem radar amaran awal milik Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, menurut kenyataan yang disiarkan penyiar negara Iran pada Jumaat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan segera daripada Manama atau Washington berhubung serangan terhadap Bahrain, yang sebelum ini menyaksikan pangkalan dan aset ketenteraan AS berulang kali menjadi sasaran sepanjang perang lapan bulan dengan Iran.

“Beberapa jam lalu, pejuang Pasukan Aeroangkasa IRGC menyasarkan dan memusnahkan radar amaran awal milik penceroboh AS di pulau Bahrain sebagai tindak balas terhadap pencerobohan udara musuh terhadap menara telekomunikasi di Sirik.

“Ini merupakan amaran keras kepada musuh yang menceroboh supaya menghentikan provokasi udara dan penyeludupan minyak di Selat Hormuz,” menurut kenyataan yang disiarkan penyiar negara itu menerusi Telegram.