DUA perkembangan penting muncul dalam tempoh seminggu ini, khususnya berkaitan jaminan bekalan makanan ketika dunia berdepan ketidaktentuan.
Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan asas sekurang-kurangnya untuk tiga hari sebagai persediaan menghadapi kecemasan. Ia termasuk berdepan cuaca ekstrem, gangguan bekalan elektrik dan krisis global yang boleh menjejaskan kehidupan harian.
Pada masa sama, Bank Dunia memberi amaran harga makanan dijangka meningkat kira-kira tujuh peratus pada 2027, selepas melonjak sekitar 10 peratus tahun ini berbanding 2025. Gangguan penghantaran bijirin, tanaman terjejas akibat cuaca buruk serta peningkatan kos bahan api dan baja antara faktor mendorong kenaikan itu.









