Key takeaways
Barisan Nasional yakin rakyat Melaka akan memberikan penilaian terhadap rekod pentadbiran kerajaan negeri melalui undian pada esok. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, menyatakan keyakinan ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap dasar dan pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri tersebut.
- BN yakin rakyat Melaka akan menterjemahkan penilaian terhadap rekod pentadbiran kerajaan negeri di atas kertas undi esok.
- Ab. Rauf Yusoh menyatakan keyakinan berdasarkan penerimaan rakyat terhadap pelbagai dasar dan usaha pembangunan serta pelaburan.
- Ab. Rauf menasihatkan pengundi supaya keluar awal ke pusat mengundi dan membawa kad pengenalan bersama.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
MELAKA: Barisan Nasional (BN) yakin rakyat Melaka akan menterjemahkan penilaian terhadap rekod pentadbiran kerajaan negeri di atas kertas undi pada hari pengundian, esok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada penerimaan rakyat terhadap pelbagai dasar serta usaha pembangunan dan pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Melaka.
Menurut beliau, meskipun tempoh kempen selama dua minggu bukan sesuatu yang mudah, BN tidak pernah memandang mudah persaingan daripada parti lawan yang turut berusaha mendapatkan keyakinan pengundi.
“Saya melihat bahawa kempen dua minggu ini tidak mudah dan tidak sepayah dahulu, tetapi kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh pihak yang bersama-sama untuk mendapat keyakinan rakyat.