PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja mengambil tindakan tegas terhadap 972 operasi penipuan dalam talian dan menghantar pulang 23,760 warga asing antara Julai 2025 hingga Oktober 2026, lapor Xinhua.
Menurut Suruhanjaya Membanteras Penipuan Dalam Talian (CCOS) dalam satu kenyataan, semalam, pihak berkuasa membatalkan 18 lesen kasino dan menggantung 10 lagi sepanjang operasi penguatkuasaan itu.
Seramai 5,032 suspek telah didakwa dan direman sementara menunggu perbicaraan.
Agensi penguatkuasaan undang-undang turut membekukan lebih AS$300 juta dalam akaun bank, selain aset alih dan tidak alih bernilai ratusan juta dolar.








