Alor Setar : Pelumba dari Malaysia Fazrul Fauzi mencatat sejarah membanggakan apabila muncul juara dalam Kejohanan Bot Laju Dunia Kedah 2026 yang pertama kali dianjurkan di kawasan Sungai Kedah semalam.
Beliau yang merupakan pelumba kategori F3000 berjaya mengatasi dua pelumba lain iaitu Ezzat Tahir dari Malaysia yang menduduki tempat kedua dan diikuti pelumba Finland Risto Painio di tempat ketiga.
Manakala untuk saingan T750 pula, pelumba dari Singapura, Clement Tham turut cemerlang pada kedukan pertama, dengan dua lagi pelumba iaitu Sayed (Malaysia) dan CK Siu (England) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Selain itu, Presiden Persatuan Sukan Bot Laju Malaysia, Ezzat Tahir juga cemerlang apabila beliau memperoleh kemenangan berganda selepas turut merangkul piala dalam acara Feature Race.









