KUALA LUMPUR: Tindakan parti Bersama menandatangani satu ikrar yang menuntut siasatan baharu terhadap kematian Teoh Beng Hock (TBH) disifatkan sebagai satu tamparan yang memalukan buat DAP, yang gagal menyelesaikan kes tersebut walaupun telah menjadi kerajaan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, walaupun tindakan Bersama itu boleh dilihat sebagai usaha untuk memancing undi kaum Cina, namun pada masa sama, ia memberikan gambaran negatif buat DAP walapun Rafizi pernah bersekongkol dengan mereka.
“Isu TBH bukan isu Pakatan Harapan (PH) walaupun berada dalam satu pakatan, kerana PKR ataupun Amanah tidak selalunya mengadakan program berkaitan TBH.








