Sanaa: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Rabu mengumumkan penghantaran bekalan perubatan penting ke beberapa kemudahan kesihatan di bandar Taiz, barat daya Yaman, ketika pertempuran masih berterusan, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan yang diterima Xinhua, ICRC memaklumkan bahawa pihaknya menghantar empat trak membawa bekalan perubatan termasuk kit pembedahan, bagi membantu hospital di Taiz merawat mangsa yang cedera.
Menurut ICRC, penghantaran itu merupakan langkah kemanusiaan penting bagi memenuhi keperluan penduduk yang terjejas akibat konflik, selain membantu kemudahan kesihatan yang berdepan beban perkhidmatan tinggi.
"Bagi pesakit yang mengalami kecederaan serius atau berada dalam keadaan kritikal, akses segera kepada rawatan perubatan boleh menjadi penentu antara hidup dan mati, tanpa mengira tempat tinggal atau kedudukan mereka di mana-mana pihak dalam konflik," kata Ketua Delegasi ICRC di Yaman Christine Cipolla.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F07%2F13513c0ffb940f37a4676f61b5efd0ed.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
