Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan laporan awal membabitkan 43 sampel petrol RON95 menunjukkan kandungan air dalam sampel itu kurang daripada 0.05 peratus iaitu di bawah had pengesanan minimum nilai yang dapat dilaporkan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat 31 Oktober lalu, lapan jenama stesen minyak di lapan negeri dan tiga depoh syarikat minyak sudah diperiksa.
Katanya, daripada pemeriksaan itu, 262 sampel petrol RON95 sudah diambil merangkumi 259 sampel di stesen minyak dan tiga sampel di depoh syarikat minyak.
"Kesemua sampel itu sudah dihantar secara berperingkat kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengesan sebarang unsur kehadiran air dan bahan asing yang lain, namun ia mungkin mengambil masa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F07%2F13513c0ffb940f37a4676f61b5efd0ed.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
