KUALA LUMPUR: Laporan awal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terhadap 43 sampel petrol RON95 mendapati kandungan air kurang daripada 0.05 peratus, iaitu di bawah had pengesanan minimum yang boleh dilaporkan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata setakat 31 Oktober lalu, pemeriksaan dilakukan terhadap lapan jenama stesen minyak di lapan negeri serta tiga depoh syarikat minyak.
Beliau berkata, sebanyak 262 sampel petrol RON95 diambil membabitkan 259 sampel dari stesen minyak dan tiga sampel dari depoh syarikat minyak.
"Semua sampel itu dihantar secara berperingkat kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengesan kehadiran air atau bahan asing lain. Bagaimanapun, proses analisis mungkin mengambil masa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2019%2F07%2F13513c0ffb940f37a4676f61b5efd0ed.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

