Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerjasama jentera PN dan BN dalam PRN Melaka berjalan dengan baik, malah lebih tersusun berbanding di Negeri Sembilan.TANGGA BATU: Isu tahanan rumah membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dilihat memberi momentum kepada Umno menjelang PRN Melaka, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau juga yakin momentum berkenaan akan berterusan hingga ke PRU akan datang sekali gus membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.

“Saya tengok momentum isu Najib ditahan dalam rumah ini sebagai satu momentum dalam kalangan orang Melayu, khususnya Umno.

"Saya tengok momentumnya agak baik, agak lebih tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ceramah Grand Finale BN-PN DUN Paya Rumput malam tadi.