KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur tidak mahu kejadian di Gombak yang menyebabkan tangan kanan anggota polis putus ditetak dan menegaskan semua pasukannya bersiap sedia termasuk melepaskan tembakan jika berdepan ancaman

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, sentiasa bersedia berhadapan dengan sebarang situasi ancaman ketika melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau mahu semua 'anak buahnya' untuk tahu bertindak tanpa sebarang keraguan ketika berhadapan risiko dan bahaya di lapangan.

"Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di 'barisan hadapan' (frontliner).