WASHINGTON: Kesediaan untuk bekerjasama dengan Demokrat, namun pada masa sama meneruskan dasar berhaluan keras mencerminkan dilema politik yang dihadapi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas Parti Republikan kalah teruk dalam pilihan raya pertengahan penggal baru-baru ini.
Perkembangan itu memperlihatkan pendirian Trump yang tidak konsisten ketika beliau berdepan peningkatan tekanan politik, termasuk desakan supaya kuasanya dihadkan dan pentadbirannya disiasat.
Parti Demokrat berikrar mengehadkan kuasa Trump serta melancarkan beberapa siri siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sekali gus membuka kemungkinan presiden berusia 80 tahun itu berdepan proses pemecatan buat kali ketiga.










