Nazri Aziz berkata rakyat kini boleh membuat perbandingan pentadbiran PH dan BN.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak melayan desakan keluar daripada kerajaan perpaduan bagi mengelak dipersalahkan jika PRU16 diadakan lebih awal, kata bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Nazri Aziz.
Beliau berkata meskipun BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, gabungan itu perlu mengingati titah Yang di-Pertuan Agong ketika kerajaan perpaduan dibentuk selepas PRU15 pada 2022.
“Saya harap BN dengar cakap Agong supaya kerjasama sampai PRU16. Kena tunggu dan tak boleh withdraw (tarik diri)
"Jangan PRU16 berlaku disebabkan BN keluar (menyebabkan Parlimen terpaksa dibubarkan).








