Gobind Singh Deo berkata pemimpin Umno dan BN yang tidak yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim boleh meletakkan jawatan, bukannya mendesak beliau membubarkan Parlimen. KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Gobind Singh Deo berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri sekiranya beliau tidak lagi yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Gobind yang juga menteri digital menyifatkan cadangan Zahid supaya Parlimen dibubarkan sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila keputusan berhubung perkara itu terletak pada Anwar.

Menurutnya, Jemaah Menteri berfungsi dengan baik dan ekonomi negara berada dalam keadaan stabil. Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik meskipun negara lain berdepan pelbagai cabaran.