SEREMBAN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan perhatian utama supaya Hospital Pasir Gudang (HPG) Johor dapat beroperasi 100 peratus, berbanding tahap operasinya ketika ini iaitu hanya pada 85 peratus.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya kini giat melaksanakan pelan tindakan pengisian yang agresif untuk memastikan HPG mencapai pengoperasian penuh iaitu merangkumi 304 katil dan 16 dewan bersalin.
Katanya. penempatan jururawat dan pakar perubatan di hospital berkenaan buat masa ini adalah berdasarkan tahap operasinya.
"Sekarang ini tahap operasi kita (HPG) kalau tidak silap saya ialah 85 peratus. Perkara ini sudah saya jawap di Parlimen. Memang kita tidak dapat penuhi semua jawatan doktor dan juga pakar.









