ALOR SETAR: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) wajar diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) susulan perkembangan positif yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri (PRN) termasuk terbaharu di Melaka semalam.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau juga menjangkakan kerjasama berkenaan akan berkekalan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Alhamdulillah kita menang banyak lebih dari dulu. Saya jangka begitulah (kerjasama BN-PN). Saya harap pun begitulah,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan Bajet 2027 di sini hari ini.
Mengulas mengenai keputusan PRN Melaka itu, beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang positif kepada kerjasama politik berkenaan.







