Iran dianggarkan masih memiliki antara 1,500 hingga 2,500 peluru berpandu meskipun infrastruktur persenjataannya menjadi sasaran serangan
Key takeaways
Penilaian risikan AS dilaporkan menunjukkan Iran masih memiliki antara 1,500 hingga 2,500 peluru berpandu, sekali gus mencabar dakwaan Presiden AS bahawa keupayaan ketenteraan Teheran sebahagian besarnya telah dimusnahkan.
- Penilaian risikan AS dilaporkan Wall Street Journal pada Ahad menganggarkan Iran masih memiliki antara 1,500 hingga 2,500 peluru berpandu.
- Pegawai AS menyatakan tahap keyakinan penilaian itu rendah kerana sukar menentukan jumlah peluru berpandu yang sedia dilancarkan atau disimpan.
- Pegawai tentera Israel menganggarkan Iran memiliki lebih 1,500 peluru berpandu balistik, walaupun penilaian di rantau itu menunjukkan angka berbeza.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
WASHINGTON: Iran dianggarkan masih memiliki antara 1,500 hingga 2,500 peluru berpandu meskipun infrastruktur persenjataannya menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel selama beberapa bulan, menurut penilaian risikan AS yang dilaporkan Wall Street Journal pada Ahad.
Penemuan itu mencabar dakwaan Presiden AS, Donald Trump sebelum ini bahawa keupayaan ketenteraan Teheran sebahagian besarnya sudah dimusnahkan.
Memetik pegawai AS, akhbar itu melaporkan penilaian berkenaan menunjukkan Iran masih mempunyai simpanan peluru berpandu yang besar dan berupaya mengancam sasaran AS serta negara sekutunya sekiranya pertempuran kembali tercetus.
Bagaimanapun, pegawai berkenaan berkata, penilaian itu mempunyai tahap keyakinan yang rendah berikutan kesukaran menentukan jumlah peluru berpandu yang sedia dilancarkan dan yang masih disimpan.