LISBON – Puluhan ribu penduduk berhimpun di lebih 30 bandar dan pekan di seluruh Portugal bagi membantah kenaikan mendadak harga sewa rumah, sambil mendesak kerajaan mengambil tindakan segera menangani krisis perumahan yang semakin meruncing.

Demonstrasi yang berlangsung semalam itu dianjurkan oleh platform Casa Para Viver dengan slogan ‘mereka tidak akan merampas hak kami untuk memiliki rumah’.

Perhimpunan berlangsung di Lisbon, Porto, Faro, Portimao, Coimbra, Braga dan beberapa lokasi lain.

Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan remaja hingga pesara, berarak sambil membawa sepanduk besar.