KOTA KINABALU – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, esok.
MetMalaysia dalam hantaran di platform Facebook memaklumkan, pengujian itu dijadual berlangsung pada 9 pagi hingga 12 tengah hari.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut, kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” menurut kenyataan itu. – Bernama









