WASHINGTON – Lebih 500 peminat filem Rocky telah berhimpun di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) bagi menghargai legasi tersebut selepas 50 tahun tayangannya, lapor saluran berita ABC News.
Mereka telah berhimpun di tangga Muzium Seni Philadelphia pada Jumaat lalu dengan berpakaian seragam seperti watak Rocky, sekali gus berjaya memecahkan rekod World Guinness Records.
Menurut pihak World Guinness Records, sekurang-kurangnya 250 peserta diperlukan bagi mengiktiraf percubaan tersebut.
Juruacara majlis kemudiannya mengumumkan rekod rasmi baharu berjaya dicatatkan dengan penyertaan seramai 570 orang.









