PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang wanita dipercayai menyerang seorang lelaki di Sungai Tembeling, Kuantan, Pahang,
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Threads, wanita berkenaan dilihat bertindak agresif terhadap seorang lelaki berpakaian hitam berhampiran kawasan parkir sebuah premis makanan.
Bagaimanapun, kejadian yang mendapat perhatian ramai itu mencetuskan pelbagai spekulasi selepas seorang pengguna media sosial tampil mendakwa lelaki terbabit merupakan bekas suami kepada wanita berkenaan.
Pengguna Threads dikenali sebagai @aidazaimah_ mendakwa wanita itu mempunyai tiga anak perempuan dan berdepan kesukaran selepas bekas suaminya didakwa gagal menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah.









