SERDANG: New Impact B membuktikan kehebatan apabila menjuarai Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Tengah-Selatan selepas menundukkan SSMT JR C dalam aksi final di Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Kemenangan straight set 15-7, 17-15 itu membolehkan New Impact B membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta pingat dan trofi kejuaraan, manakala SSMT JR C yang berpuas hati di tempat kedua menerima RM3,000 serta pingat.

Kejayaan itu turut menyerlahkan kekuatan New Impact B yang dibarisi pemain muda berbakat serta mendapat bimbingan dua bekas pemain kebangsaan, sekali gus menjadikan sentuhan pengalaman antara elemen menarik di sebalik perjalanan cemerlang pasukan berkenaan.