Kuala Lumpur: Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan sebanyak 11,808 operasi penguatkuasaan, melibatkan pemeriksaan terhadap 155,498 individu dan tangkapan seramai 70,195 pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, JIM merekodkan pelbagai kejayaan operasi termasuklah menumpaskan sindiket penyeludupan migran, kegiatan penipuan dalam talian, pemalsuan dokumen dan pemerdagangan orang.
Menurutnya, penyalahgunaan pas pelajar serta pas lawatan sosial (PLS) selain wujud peranan individu tertentu yang menawarkan tempat tinggal antara helah warga asing berada dalam Malaysia secara haram.
"JIM sememangnya mengakui modus operandi warga asing yang masuk pada mulanya secara sah tetapi terus tinggal negara ini secara tidak sah.









