Kuala Lumpur: Anak pelakon Que Haidar, Ratu, 17, memilih mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian terlebih dulu berbanding lakonan seperti bapanya yang dikenali sebagai pelakon.

Ratu atau nama sebenar, Tengku Ratu Haidar Tengku Iskhan Shah mula mendapat perhatian ramai dan mempunyai peminat selepas menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM 2) pada April lalu.

Menurutnya, dia memang suka menyanyi dan mahu mengembangkan bakat sebagai penyanyi secara serius dan kini merancang untuk melancarkan lagu solo mengikut genre muzik diminatinya.

"Antara menyanyi dan berlakon, saya pilih nyanyian dulu. Berlakon pula bukan saya tidak mahu mencuba, tetapi masih perlu masa untuk bersedia terutama bertutur dalam bahasa Melayu.