Kuala Lumpur: Bakal Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang baharu, Datuk Seri Rosmadi Ismail menegaskan bahawa beliau bukan 'superman' yang memiliki kuasa luar biasa untuk menaikkan kembali persatuan itu seorang diri.
Rosmadi yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal diumumkan sebagai Presiden KAFA secara rasmi pada Kongres Luar Biasa, 26 November ini selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan nombor satu persatuan itu.
Mengakui terkejut dengan keputusan Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ), Rosmadi mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan walaupun sedar Kelantan memiliki ramai tokoh yang meminati bola sepak.
"Pertama sekali, dengan sokongan yang diberikan oleh PBJ mungkin akan memudahkan kerja untuk kita sama-sama mengembalikan KAFA di tempat sepatutnya.









