Alor Setar: Seramai 5,031 penjawat awam Kedah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM3,000 yang diluluskan kerajaan negeri di bawah Belanjawan Kedah 2027.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembayaran akan dibuat tiga kali dengan yang pertama pada Disember ini, disusuli Februari dan Ogos tahun depan.

Pembayaran bantuan berkenaan, katanya akan membabitkan peruntukan keseluruhan RM15 juta dengan pemilihan waktu pembayaran dibuat bersempena pembukaan sekolah, sambutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

"Daripada 2021 sampai ini dah peningkatan banyak kali, bonus tak meningkat. Jadi kali ini kita bagi RM3,000 yang akan dibayar secara berperingkat.