SEJARAH muzik antarabangsa menyaksikan kejayaan berganda apabila dua penyanyi disatukan dalam sebuah lagu duet. Menjadi formula paling berkesan untuk menembusi carta dan memenangi anugerah, beberapa penyanyi melunaskan hasrat mereka apabila lagu yang menyatukan suara mereka berjaya menarik tumpuan. Demikian lima duet paling berjaya sepanjang zaman.

Hasrat dua penyanyi kulit hitam, Brandy dan Monica untuk menembusi carta pop di Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa tercapai menerusi kelahiran single The Boy Is Mine yang diterbitkan sekitar Mei 1998. Lagu tersebut diangkat sebagai lagu duet paling berjaya di AS pada tahun yang sama, dengan rekod jualan mencecah 2.6 juta unit selain mendominasi carta Billaboard Hot 100 selama 13 minggu berturut-turut.