Semalam, Ismail Lasim sahkan menarik balik surat berhubung kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain sokongan 10 bekas exco terhadap baginda. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Empat pemimpin DAP menuntut kepimpinan pusat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan sama ada mereka mengetahui atau merestui tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Gesaan itu menyusul selepas Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dan 10 bekas exco menarik balik surat yang memaklumkan kononnya Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan bersama, empat pemimpin itu mendakwa kepimpinan pusat Umno, PAS, MCA dan Wawasan tidak pernah secara terbuka membantah atau menolak tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut berkenaan.