Alor Setar: Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang susulan kejayaan kedua-dua gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, semalam.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya berharap ia menjadi kenyataan selepas melihat ia diterima majoriti pengundi.

"Alhamdulillah, menang banyak lebih daripada dulu. Saya harap begitulah (kerjasama diteruskan pada PRU akan datang)," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan Kedah 2027 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pada PRN Melaka ke-16, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh empat kerusi dan PN tiga kerusi.