Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata kerajaan negeri turut menyasarkan pengurangan defisit mengurus secara berperingkat kepada 10.59% pada 2027. (Gambar UPDA)ALOR SETAR: Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.34 bilion dengan mengunjurkan defisit mengurus sebanyak RM90 juta atau 10.59% bagi 2027.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata menerusi belanjawan negeri bertemakan "The Greater Kedah: Mensejahterakan Rakyat", kerajaan negeri menganggarkan hasil berjumlah RM850 juta manakala peruntukan Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM940 juta.

Beliau berkata sasaran kutipan hasil meningkat RM12 juta berbanding RM838 juta pada 2026, dengan hasil tanah menyumbang jumlah terbesar sebanyak RM551 juta diikuti pelbagai hasil (RM253 juta), hasil hutan (RM30 juta) dan hasil daerah (RM16 juta).