Mas Ermieyati Samsudin berkata beliau kekal menyokong kepimpinan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin bersama kumpulan 13 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya.MASJID TANAH: Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mahu Bersatu memecatnya terus daripada parti itu, bukannya membiarkan status keahliannya terus tergantung tanpa sebarang perkembangan.
Beliau berkata sehingga kini tiada makluman baharu daripada kepimpinan Bersatu mengenai kedudukannya selepas digantung keahlian selama dua penggal pemilihan atau enam tahun, berkuat kuasa Mac lalu.
“Masih tergantung. Tak ada (perkembangan),” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai status keahliannya.
Bagaimanapun, Mas Ermieyati menegaskan tindakan disiplin itu tidak sedikit pun menjejaskan tugasnya sebagai wakil rakyat, malah beliau terus membantu kumpulan yang bersama dengannya.









