Starbase (Amerika Syarikat): Syarikat aeroangkasa milik Elon Musk, SpaceX, mencipta sejarah apabila berjaya melakukan operasi pertama menangkap kapal angkasa Starship yang kembali ke tapak pelancaran selepas sehari berada di orbit.
Kapal angkasa itu muncul dari celahan awan selepas mengharungi suhu ekstrem ketika memasuki semula atmosfera Bumi sebelum turun perlahan-lahan ke tapak pelancaran di Starbase
Ketika menghampiri menara pelancaran, Starship berjaya disambut dan dicengkam oleh sepasang lengan mekanikal gergasi yang dikenali sebagai chopstick arms di atas Tapak Pelancaran 2.
Kejayaan itu menandakan pencapaian penting dalam usaha industri angkasa lepas selama beberapa dekad untuk membangunkan sistem roket yang boleh digunakan semula sepenuhnya, sekali gus mengurangkan kos misi dan membolehkan pelancaran dilakukan dengan lebih kerap.








