Bukit Mertajam: Kejadian tembakan di sebuah depoh simpanan diesel industri di Mukim 14, Bukit Minyak, di sini, semalam, dipercayai bermula dengan pertengkaran antara mangsa dan suspek, kata seorang saksi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Chuan, meninggal dunia selepas terkena tembakan.

Difahamkan, mangsa bekerja di premis yang merangkumi depoh simpanan, kontena dan sebuah kantin itu, selama hampir sedekad.

Suspek yang juga berusia 40-an pula dikatakan bekerja di situ selama lebih setahun.