Bendera dikibarkan separuh tiang di Istana Presiden di Warsaw, Poland pada Ahad. (Gambar EPA Images)ISTANBUL: Presiden Poland, Karol Nawrocki mengisytiharkan tempoh berkabung dua hari di seluruh negara susulan insiden tembakan di Krakow yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Anadolu Ajansi.

"Presiden telah menandatangani dekri bagi mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh Poland pada 8 dan 9 Nov," kata jurucakap presiden dalam kenyataan.

Seorang lelaki bersenjata yang dipercayai dipengaruhi ideologi ekstrem berhaluan kanan membunuh enam orang, termasuk seorang warga Britain, dan mencederakan ramai lagi dalam serangan di pusat bandar kedua terbesar Poland.

Menurut polis, penyerang memandu kenderaannya ke Dataran Pasar Utama di Krakow pada petang Sabtu, sebelum melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai.