Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata aduan daripada komponen ke atas Bersatu perlu bukti termasuk rakaman video, audio atau dokumen bertulis.HANG TUAH JAYA: Sebarang tindakan atau prosiding tatatertib terhadap Bersatu berhubung dakwaan salah laku akan diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) selepas PRN Melaka selesai.
Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya sudah menerima beberapa aduan daripada parti komponen berhubung isu disiplin membabitkan Bersatu, namun setiap dakwaan perlu disokong bukti kukuh sebelum sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata, bukti berkenaan boleh dikemukakan dalam bentuk rakaman video, audio atau dokumen bertulis bagi memastikan tindakan diambil berdasarkan fakta dan bukan sentimen.








