Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg di satu acara parti di Kuching. (Gambar UKAS)KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg menyuarakan keyakinan empat penyandang kerusi DUN daripada GPS akan terus mendapat kepercayaan dan mandat rakyat pada PRN13.

Penyandang yang dimaksudkan ialah Adun Stakan iaitu Hamzah Ibrahim, Ibrahim Baki (Satok), Fazzrudin Abdul Rahman (Tupong) serta Martin Ben (Kedup).

“Hari ini saya tidak mahu bercakap banyak kerana apabila saya melihat wajah mereka (penyandang) yang hadir hari ini, saya tahu mereka ini tetap akan terus dipilih oleh pengundi,” katanya berucap pada majlis pelepasan konvoi bermotosikal Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).