Pengerusi PH Melaka Adly Zahari turut bangkit kedudukan kewangan kerajaan negeri berdasarkan laporan ketua audit negara yang merekodkan hasil Melaka RM490 juta, berbanding perbelanjaan RM519 juta pada 2024.MELAKA: Barisan Nasional (BN) perlu mengemukakan bukti terperinci menyokong dakwaan telah melaksanakan 97% janji manifesto PRN Melaka ke-15, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat menilai kedudukan sebenar pelaksanaan 103 inisiatif terkandung dalam manifesto tersebut merentas lima teras utama.

“Kalau kita melihat dakwaan pencapaian itu, perlu disertakan senarai lengkap yang menunjukkan kedudukan serta komitmen supaya pengundi dapat menilai sendiri,” katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Baru.