HANG TUAH JAYA - Pakatan Harapan (PH) menggesa Barisan Nasional (BN) mengemukakan senarai lengkap pencapaian manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 yang mengandungi 103 inisiatif, susulan dakwaan hampir keseluruhan janji berkenaan berjaya dilaksanakan.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, setiap pencapaian yang didakwa itu perlu disertakan dokumen dan rekod lengkap, termasuk status pelaksanaan serta komitmen yang sudah ditunaikan.Menurutnya, ketelusan itu penting bagi memastikan pengundi memperoleh maklumat tepat dan mengelakkan kekeliruan sepanjang tempoh kempen PRN kali ini."Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara merekodkan hasil Melaka sebanyak RM490.27 juta dan perbelanjaan RM519.35 juta pada 2024."Skala kewangan ini memperlihatkan pentingnya setiap keputusan perbelanjaan mempunyai tujuan, rekod serta hasil yang diperiksa. Dokumen sokongan dan kaedah pengiraan mesti dibuka kepada pengundi bagi mengelakkan kekeliruan sepanjang kempen," katanya dalam sidang media harian di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Ahad.Adly mengulas dakwaan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bahawa kerajaan negeri berjaya melaksanakan 97 peratus janji manifesto yang ditawarkan pada PRN lalu.Dakwaan itu turut dijadikan asas kepada kerajaan negeri dalam menilai pencapaian serta keberkesanan setiap tawaran yang dikemukakan kepada rakyat bagi PRN kali ini.Mengulas lanjut, Adly berkata, pentadbiran PH di Melaka sebelum ini berjaya mencatat lebihan kewangan sebanyak RM50 juta pada tahun pertama pemerintahannya, iaitu pada 2019."Ia menunjukkan bahawa perbelanjaan berhemah adalah satu perkara yang cukup penting."Dalam kita dapat meningkatkan pendapatan, pengurusan perbelanjaan kita harus berikan juga keutamaan. Berdasarkan laporan audit itu, sudah tentu ia memberikan kesan hutang kepada kerajaan negeri," katanya lagi.Menerusi aspirasi Melaka Rumah Kita, Adly berkata, PH menawarkan pentadbiran bersih, telus dan berintegriti dengan mengutamakan pengurusan berhemah setiap ringgit wang awam."Komitmen ini perlu diterjemahkan melalui pentadbiran bebas rasuah, keputusan berasaskan kelayakan serta prosedur yang dapat mengurangkan birokrasi tidak perlu."Rakyat perlu diberikan maklumat jelas mengenai syarat permohonan, tempoh pemprosesan dan alasan sesuatu keputusan dibuat supaya mereka tidak perlu bergantung kepada orang tengah atau hubungan politik," katanya.Dalam pada itu, Adly berkata, PH turut berhasrat mengurangkan kerenah birokrasi dan lebih telus dalam penyaluran bantuan kebajikan."Dalam menyampaikan bantuan, sepatutnya pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membuat penilaian untuk kelayakan, bukan ADUN atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)."Ini antara perkara yang selalunya menjadi rungutan dalam kalangan rakyat dan proses birokrasi ini bukan sahaja kepada kebajikan tetapi kepada aspek lain termasuk dalam sistem," katanya.
PH gesa BN kemuka bukti lengkap pencapaian manifesto PRN Melaka

Key takeaways
PH meminta BN menyediakan bukti lengkap pencapaian manifesto PRN Melaka 2021 yang mengandungi 103 inisiatif.
- PH menuntut dokumen dan rekod lengkap untuk setiap pencapaian yang didakwa oleh BN.
- Adly Zahari menekankan pentingnya ketelusan maklumat bagi mengelakkan kekeliruan semasa kempen.
- Pentadbiran PH mencatat lebihan kewangan RM50 juta pada tahun pertama pemerintahannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PH tambah tiga lagi calon bagi saingi BN di Melaka
- Free Malaysia Today MB minta warganet kemuka bukti kegiatan ternak babi di Sg Bukit Lagong
- Berita Harian PRN Melaka: Manifesto PH kemuka 3 teras, 12 aspirasi
- Free Malaysia Today Speaker minta Zahid kemuka bukti perjelas kenyataan bercanggah projek KKDW
- Sinar Harian PH gesa BN kemuka bukti lengkap pencapaian manifesto PRN Melaka (this story)









