MB Selangor Amirudin Shari berkata, beliau telah teliti gambar-gambar dron daripada MPS, dapati tiada bukti tunjuk kegiatan penternakan babi dijalankan di kawasan itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menggesa warganet agar tampil mengemukakan bukti dakwaan kewujudan kegiatan penternakan babi di Sungai Bukit Lagong, Selayang.

Amirudin berkata, beliau telah meneliti gambar-gambar dron daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan kegiatan penternakan babi dijalankan di kawasan itu.

Sebaliknya, katanya, rakaman tersebut hanya mengenal pasti dua ladang lembu.

"Saya minta MPS buat lawatan fizikal untuk pengesahan. Kepada pendakwa, bagi bukti jika ada dan kita akan ambil tindakan lanjut," katanya menerusi hantaran di Threads.