Kuala Lumpur: Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak, 37, menitipkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas doa buat dirinya yang menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi hantaran dimuat naik di semua platform media sosialnya, Amir turut memohon orang ramai terus menyokong perniagaan ayam goreng miliknya.

"Assalamualaikum.. Terima kasih yang mana mendoakan. Kepada yang mana ada di Kota Bharu, tolonglah singgah dan 'support' (sokong) kedai ayam goreng saya di Medan Selera Stadium Kota Bharu sebab kedai buka sahaja setiap hari.

"Kalau awak semua datang beli boleh 'settle' bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup, kalau kedai tutup gaji staff tak jalan. Kesian dekat staff nanti. Singgahlah beli ayam goreng.