PORT DICKSON – Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 dari Petaling Jaya maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia di Kilometer 5.7, Jalan Pantai di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialami.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd. Adnan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun sedang bergerak dari arah Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.