ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 38 lokasi berisiko berlakunya kepala air di 12 daerah di Kedah.

Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang, berkata daripada 12 daerah itu, Baling merekodkan jumlah lokasi berisiko tertinggi iaitu 11 kawasan.

Ini meliputi Lata Celak Iboi di Kupang, Teratak Simpul, Air Panas Ulu Legong, Kuala Kedua, Lubuk Badak, Sungai Pam, Lata Baling, Lubuk Pedati, Lata Nering, Lata Bayu dan Lata Bukit Hijau.

Daerah lain turut mempunyai kawasan berisiko ialah Kubang Pasu (Surau Sungai Batu di Bukit Kayu Hitam, Bukit Wang), Guar Chempedak (Kem Rekreasi Puteri Mandi, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari), Kulim (Sungai Sedim, Ulu Paip, Lata Bukit Hijau, Air Putih Junjung) dan Padang Terap (Puncak Janing, Sungai Seraya).